Jumaat, 29 April 2011

Daging Tiruan Dari China


Dulu kecoh dengan telor tiruan yang dikatakan berasal dari china..lepas tu beras tiruan yg diperbuat dari plastik...dan sekarang ada pulak resipi terbaru..daging tiruan,Jabatan industri dan perdagangan China baru-baru ini telah menemui "ekstrak daging lembu" iaitu aditif yang digunakan oleh pelbagai restoran kecil di sekitar Hefei untukmembuat daging tiruan dengan menukar daging babi menjadi daging lembu hanya mengambil masa selama 90 minit!!!

Produk "ajaib" ini telah menjadi sangat popular di Restoran China kecil di Hefei, Fujian, Jianxi dan tempat-tempat lain di seluruh negeri, terutama kerana daging lembu dua kali lebih mahal dari daging babi.daging lembu dijual sekitar 20 yuan, sedangkan kos daging babi hanya 10 yuan, beberapa pemilik restoran cenderung untuk membeli satu liter "ekstrak daging lembu"yang berharga 45 yuanuntuk membuat daging tiruan dan menggunakannya untuk memaksimumkan keuntungan.






Apa lagila yang China xleh tiru..dulu telor tiruan, sekarang daging tiruan pulak..harap janganla masuk kat Malaysia...huhuhu

Beras Tiruan Dari China

China Buat Beras Dari Plastik? Mungkin pelik bila kita dengar mengenai perkara ini, tetapi percaya atau tak inilah realiti yang sedang berlaku sekarang.



Dipetik daripada Mingguan Hong Kong, terdapat beras tiruan yang diperbuat daripada plastik dijual secara besar-besaran di China.

Menurut laporan itu, beberapa pengedar menjual beras palsu di Taiyuan, Wilayah Shaanxi, dan beras ini adalah campuran kentang, ubi jalar dan plastik.

Beras plastik ini dibuat dengan membentuk kentang dan ubi jalar ke dalam bentuk padi, lalu ditambah dengan resin sintetik. Kata pakar pemakanan. Kerana beras ini berbeza daripada beras biasa, ia lebih keras seperti batu selepas dimasak. Selain itu, resin sintetik yang terdapat didalamnya sangat bahaya kepada tubuh manusia.


Sumber :
http://video-gempak.blogspot.com/201...i-plastik.html

Sabtu, 23 April 2011

Bentuk2 awan yang menakutkan







Jumaat, 22 April 2011

Kerana Obama, Mark Zuckerberg Terpaksa Pakai Kot.


BARACK OBAMA dan Mark Zuckerberg menanggalkan baju kot masing-masing di ibu pejabat Facebook, Palo Alto kelmarin.

PALO ALTO - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menceritakan majlis makan malamnya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg ketika beliau berucap di hadapan kakitangan laman sosial itu di sebuah pejabat Facebook di sini, negeri California.

Memulakan ucapannya, Obama menceritakan apa yang berlaku dalam satu majlis makan malam tersebut yang berlangsung pada 26 Februari lalu dan dihadiri oleh Zuckerberg, 26, serta golongan elit industri teknologi AS lain.

Ketika itu, Zuckerberg duduk di sebelah kanan presiden berkenaan.

"Saya ialah lelaki yang menyebabkan Zuckerberg terpaksa memakai tali leher (merujuk kepada pemuda tersebut yang gemar bergaya santai dengan memakai baju-T). Semasa kami sedang menjamu selera, dia mula berpeluh. Ia amat tidak selesa untuk Zuckerberg. Saya kemudian membantu dia menanggalkan kotnya. Saya berkata kepadanya, jika anda mahu Mark (Zuckerberg), kami semua boleh menanggalkan kot kami supaya anda tidak kelihatan janggal," kata Obama.

Presiden berusia 49 tahun itu kemudian menanggalkan kotnya dengan diikuti Zuckerberg sekali gus mendedahkan kemeja yang dipakainya bersama tali leher hitam.

Zuckerberg sebelum ini dikenali sebagai seorang yang suka memakai seluar jean dan baju T serta jaket berbanding kot dengan tali lahir semasa muncul di khalayak ramai.

"Anda (Obama) lebih bergaya memakai kot berbanding saya," kata Zuckerberg sambil bergurau.

Selepas itu, mereka lebih selesa bersama dan kedua-duanya berbual panjang mengenai pelbagai isu terutamanya melibatkan teknologi.

Pertemuan itu merupakan peluang buat Obama untuk mendekati golongan muda di Lembah Silikon yang terkenal dengan penciptaan komputer.

Zuckerberg telah membuktikan kepada 500 juta pengguna Facebook mengenai siapa yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pengasas laman itu dikatakan mempunyai kekayaan bernilai AS$13.5 bilion (RM50.62 bilion).

Obama turut mengambil kesempatan untuk meminta Zuckerberg membayar lebih bayak cukai berdasarkan pelan percukaian yang dikemukakan pemimpin AS itu.

"Ramai orang sukakan saya dan anda, Mark (Zuckerberg). Anda sepatutnya membayar lebih banyak sedikit dalam bentuk cukai.

"Saya tahu anda okey dengan perkara itu (cukai)," kata Obama. - Agensi



Lagi Gambar Seksi Tiz Zaqyah


Setiap kali pandang Tiz Zaqyah, mesti terasa kagum sebab wajahnya yang elegan. Tiz ini cantik tue cantik tapi dia ada satu lagi keistimewaan yang tak ada di kalangan artis lain. Tak tahu nak terangkan macam mana. Harap korang boleh buat-buat faham.

Apa-apa pun, walaupun kalah di ABPBH2010 baru-baru ini, pakaian di atas yang dipakai oleh Tiz Zaqyah telah berjaya menang Glam Magazine 7th Anniversay Party Best Dressed.

Menurut fesyen blogger Cute Carry, baju yang dipakai oleh Tiz memang sangat cantik.


Sumber: Gempak

Tips Penjagaan Laptop

Penggunaan komputer riba atau laptop menjadi trend pada masa ni...keberangkalian seseoarang tu utk membeli laptop lagi tggi jika dibandingkan dengan membeli pc desktop.. penjagaan laptop amat penting utk memanjangkan jangka hayat laptop tersebut agar tahan selama yang mungkin.

kat bawah ni da serba sedikit tips penjagaan laptop utk anda semua....


1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ¡®Turn Off monitor in ¡* minutes¡¯.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ¡®Dead pixel¡¯.

4. Haba Panas
* Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Di harap informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua... :)

Sumber: Gempak

Selasa, 19 April 2011

Wajah Seiras Artis Antarabangsa

sebelah kiri justin bieber dan sebelah kanan dani shay
Seorang remaja perempuan Dani Shay mempunyai wajah seiras penyanyi remaja popular Justin Bieber, Dia yang juga meminati lagu, banyak membuat video yang diuploadkan ke Youtube, ada diantara komen yang diterimanya berkata dia adalah kembar kepada Justin Bieber.

Status baru Justin Bieber

            DALAM usianya yang baru 17 tahun, Justin Bieber sudah memiliki segala-galanya.

APA yang membuatkan Justin Drew Bieber atau lebih dikenali dengan nama pentas, Justin Bieber begitu istimewa di mata jutaan peminatnya?

Kata sesetengah pihak, kalau hendak diukur kepada bakatnya, rasanya ada penyanyi lain yang bakat mereka jauh lebih hebat daripada Bieber.

Jika bukan bakat yang menjadi kayu pengukur kepada populariti dan kehebatan Bieber, memang tidak syak lagi, kegilaan peminat terhadap penyanyi kelahiran Kanada itu adalah kerana paras rupa yang comel dan sejuk mata memandang buat peminatnya.

Katalah apa sahaja tentang Bieber, dia cukup bertuah kerana sokongan padu peminatnya yang menjadi peguam bela tidak rasmi untuk membidas segala kenyataan negatif terhadap penyanyi pujaan mereka.

Biar apa pun kritikan yang dilempar kepada remaja berusia 17 tahun ini, tiada seorang pun yang dapat menafikan fenomena yang dicetuskan oleh Bieber.

Hadirnya umpama virus yang menyerang dan kemudiannya dengan pantas merebak sehingga menyebabkan peminatnya diserang histeria setiap kali mendengarkan atau menonton persembahannya.

Usianya dalam bidang seni baru setahun jagung tetapi populariti yang dikecapinya mengalahkan penyanyi senior sedia ada.

Dan, percaya atau tidak, Bieber kini sudah pun sebaris dengan penyanyi popular dan ternama sedia ada apabila sudah memasuki golongan sebagai artis paling kaya di dunia.

Percaya atau tidak, hanya dalam tempoh tiga tahun sahaja sejak dia mula menyanyi pada tahun 2008, Bieber kini dilaporkan sudah pun memiliki aset bernilai lebih daripada AS$100 juta (RM302 juta)!

Semuanya adalah hasil daripada penjualan album, muat turun untuk lagu, kutipan tiket filem, penjualan barangan, menjadi duta dan jurucakap barangan selain daripada keuntungan daripada siri konsert jelajah dunianya.

Sayugia diingatkan, semua keuntungan itu adalah hak milik mutlak terutama untuk penjualan album dan lagu kerana dia bukan hanya menyanyi tetapi dia juga adalah komposer serta penulis lirik bagi kesemua lagu di dalam albumnya.

Untuk setiap kunjungannya ke lokasi konsert terpilih, Bieber dikatakan menerima bayaran sekurang-kurangnya AS$300,000 (RM908,000). Setakat ini, Bieber sudah pun mengadakan persembahan di 140 buah lokasi di seluruh dunia dan terbaru, di Malaysia, esok, 21 April.

Bukan itu sahaja, Bieber juga menjadi artis kedua popular selepas Lady Gaga di laman sosial, Twitter dengan jumlah pengikut seramai 8.3 juta dan menjana keuntungan luar biasa dari sudut pengiklanan.

Ternyata populariti luar biasa yang telah dicetuskan oleh Bieber membuatkan banyak syarikat mahu menggunakan khidmatnya dalam usaha menarik perhatian pelanggan mereka dalam mencatatkan keuntungan.

Sebagai contoh, Bieber dikatakan telah menerima bayaran AS$1 juta (RM3.02 juta) hanya untuk muncul dalam iklan 30 saat untuk mempromosikan produk terbaru keluaran Best Buy yang kemudiannya ditayangkan sewaktu perlawanan US Super Bowl.

Berbekalkan wajah comel, bayaran yang diterima pelantun lagu Baby itu memang cukup lumayan iaitu sebanyak AS$3 juta (RM9.06 juta) untuk kontrak selama dua tahun produk ProActiv.

Angka itu memang dianggap sebagai luar biasa bagi seorang artis baru dan muda seperti Bieber dan ia juga dikatakan berjaya mengatasi bayaran yang pernah diterima oleh artis dewasa yang menjadi duta produk.

Bieber sememangnya cukup bijak mengatur strategi terbaik dalam memasarkan namanya dan dia juga sedar, apa sahaja yang melibatkan dirinya, ia akan menjadi rebutan.

Itulah yang dilakukan oleh Bieber apabila dia bersetuju untuk menggunakan namanya bagi produk barangan bilik tidur seperti cadar, sarung bantal dan selimut selain fon kepala (headphone) dan barang kemas untuk kanak-kanak.

Malah, jejaka yang cukup terkenal dengan imej potongan rambut mangkuk (bowl cut) itu turut memberikan penghormatan kepada peminat wanitanya apabila dia mengeluarkan produk kecantikan berupa varnis kuku, One Less Lonely Girl.

Filem pertamanya, Justin Bieber: Never Say Never juga mencipta rekod luar biasa apabila mencatatkan kutipan sebanyak AS$73 juta (RM221 juta) di seluruh dunia.

Dengan angka itu, ia sekali gus menjadi filem konsert paling laris di dunia sejak tahun 1984 dan filem dokumentari ketiga terlaris sejak 1982.

Kemewahan Bieber juga dikatakan akan terus meningkat apabila patung mainannya berada di pasaran tidak lama lagi.

Rahsia Kecantikan Victoria Beckham

Victoria Beckham memiliki paras rupa yang cantik, tubuh yang seksi, dan kulit yang sehat.Victoria akhirnya mendedahkan rahsia kecantikan kulitnya.

Pemenang “World's Most Selebriti Glamorous” dari make up Max-Factor itu bersama suami menggunakan masker dan scrub dari kotoran burung bulbul yang hidup di Pulau Kyushu, Jepun.

Kotoran burung bulbul adalah produk alami yang memberi khasiat lebih kuat dan lebih efektif daripada ubat inovatif untuk perawatan kulit. Kotoran ini berisi enzim yang terurai sel-sel mati dari epidermis. Selain itu, berhasil membersihkan bintik-bintik hitam dan membuat kulit terlihat sehat.
Kotoran ini dikeringkan di bawah sinar ultraviolet dan dicampur dengan dedak padi dan air, hingga akhirnya campuran yang dihasilkan boleh dipakai ke wajah sebagai masker.Demikian yang diungkap dari Genius Beauty, Isnin (14/2/2011).

Victoria mengaku bahwa dia telah menemui sebuah produk kosmetik yang luar biasa selama perjalanannya ke seluruh bagian negara Jepun.

Bintang Hollywood ini kagum oleh kulit cantik alami dan awet muda perempuan Jepun.Ketika kembali ke rumah, ibu tiga anak ini menemukan bahwa beberapa salun kecantikan di New York semakin efektif mempraktikkan penggunaan kosmetik berdasarkan produk kotoran burung bulbul.

Ahad, 17 April 2011

Trak guna kayu api ganti petrol

TRAK El kamina yang menggunakan kayu api sebagai bahan bakar.




HELSINKI - Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam.

Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.

Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.

Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.

Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel. - Agensi

Sumber: Kosmo

Kasut bertatah 2,200 butir berlian

KASUT House of Borgezie ini dihiasi dengan 2,200 butir berlian.


LONDON, Britain - Sepasang kasut tumit tinggi berharga £140,000 (RM691,029) dipercayai termahal di dunia, dipamerkan di gedung kasut House of Borgezie di sini kelmarin.

Kasut buatan tangan itu diperbuat daripada emas padu dan dihiasi 2,200 butir berlian dengan berat keseluruhan 30 karat.

Setakat ini, masih belum ada pelanggan yang membeli kasut berkenaan yang dihasilkan oleh pereka barang kemas Britain, Christopher Michael Shellis, sejak ia dipamerkan untuk jualan lebih lima bulan lalu.

"Kasut ini ibarat harta karun yang dipakai di kaki. Setakat ini, kami menerima banyak pertanyaan tetapi tiada urusniaga yang konkrit," kata Shellis. - Agensi

Sumber: Kosmo

Sabtu, 16 April 2011

Ipad Vs Ipad 2

Hari ini saya ingin menceritakan Tentang Ipad. Mesti korang pernah dengar kan. Tapi dekat Malaysia Ramai yang tak guna Ipad. Kerana diorang kata Storan Kecil la,Harga mahal dan macam2 masalah diorang kata. Tapi bagi saya Ipad ni best kerana betuknya yang kecil. Boleh bawak mana-mana.



Senarai Lengkap Pelbagai Jenis Peluru


PS:/ Kalau kena tembak dengan Peluru senarai Yang 15. Memang Mati Katak jer la

50 Fakta Menarik Mengenai Lelaki


Fakta menarik tentang lelaki yang perlu diketahui oleh perempuan 

1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

 
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

Jumaat, 15 April 2011

Apabila Nenek Berusia 82 Tahun Beraksi !

Ms Zhao Yuafang nenek berusia 82 thn dari Beijing, China ini mampu membuat orang terkejut dengan aksi akrobatik yang sudah menjadi kebiasaannya berlatih (senaman) dengan gerakan tubuh yang lentur dan bertenaga.

Beliau dikatakan aktif dalam aktiviti yoga, wushu dan seni bela diri sejak tahun 60-an lagi.Kesihatan Zhao Yuafang masih sangat bagus, tangkas dan cepat seperti orang yg muda.

Kad Pengenalan Bekas Perdana Menteri Malaysia.

Kad Pengenalan Tunku Abdul Rahman

Kad Pengenalan Tun Razak

Kad Pengenalan Tun Hussein Onn

Kad Pengenalan Tun Mahathir Mohamad

Kad Pengenalan Tun Abdullah Badawi

Makan Setiap 15 Minit Pon Tak Gemok2.

                                                        Sihat...Lizzie hanya seberat 25kg.

Gadis 21 tahun ini mempunyai berat badan 25kg dan mempunyai hampir kosong peratus lemak di dalam badannya tetapi dia bukan pesakit anoreksik. Malah Lizzie Velasquez mesti memakan setiap 15 minit bagi mengekalkannya hidup sihat.
Pelajar ini mempunyai satu keadaan fizikal yang luar biasa yang meghalangnya daripada menambah berat badan walaupun dia makan 60 kali sehari.
Walaupun menggunakan antara 5,000 dan 8,000 kalori sehari, berat badan Lizzie tidak pernah melebihi 27 kg.
                                  Makanan ringan...Lizzie perlu makan dalam jumlah yang banyak.

Lizzie, yang memakai pakaian bersaiz tiga sifar, berkata: "Saya sering menimbang berat badan dan jika ia naik satu paun sahaja saya sangat teruja.

"Saya makan setiap 15-20 minit bagi mengekalkan tahap tenaga saya.

"Saya makan kerepek, gula-gula, coklat, pizza, ayam, kek, donat, aiskrim, mi dan minuman bergas sepanjang hari, jadi saya mendapat agak kecewa apabila orang ramai menuduh saya anoreksik.

"Apabila saya berjumpa orang baru saya akan berkata: 'Hai, saya Lizzie dan saya mempunyai sindrom yang luar biasa, saya bukannya anoreksik."

Sumber : The Sun

Ahad, 10 April 2011

Matahari Tersenyum

Pada tahun 2008, dunia digemparkan dengan fenomena indah ‘bulan tersenyum’ yang indah di langit. Pada pagi yang Jumaat, semasa menyambut datangnya musim panas, matahari terbit dengan menampakkan dirinya lain dari yang lain. Sang mentari tersebut dilihat seperti sedang ‘tersenyum’.

Menurut Daily Mail,fenomena alam ini terjadi di satu tempat yang tidak disebutkan namanya di Eropah. Namun, yang pasti gambar matahari dengan wajah ‘tersenyum’ itu diposkan oleh reddit beberapa hari lalu di dunia cyber.

Jika diperhatikan, gumpalan awan di pagi hari itu sebagian menutupi bahagian atas dan bahagian lainnya pada matahari. Awanlah yang membentuk dua mata dan senyuman lebar matahari tersebut.
Gambar di bawah ini pula gambar fenomena matahari tersenyum di tempat yang lain pula.


 

Konsep Masa Hadapan Kereta BMW

Ini adalah konsep kereta Bmw pada masa hadapan. Tak tahu nak kata apa memang smart la !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...