Jumaat, 18 November 2011
Frank Bolter Berlayar Dengan Perahu Kertas Raksasa
Artis Jerman Frank Bolter berlayar menyusuri sungai Thames dalam perahu kertas raksasa,sebagai bahagian dari pameran seni Drift 10 di London.Kapal origami,berjudul Untuk Akhir Dunia,terlipat di tepi Canary Wharf di London timur sebelum diturunkan ke dalam air dengan bantuan melalui anggota masyarakat.Untuk memastikan perahu tidak rosak di bawah beban kertas itu diperkuat dengan tiang logam.
Sabtu, 9 Julai 2011
Rekabentuk iPad yang sempuna
Walaupun kini terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang membolehkan anda melayari Internet dengan serta-merta, namun skrin telefon yang kecil tidak menggalakkan pengguna untuk membaca artikel yang panjang. Manakala komputer riba pula sudah tentunya tidak mudah dibawa ke mana-mana, meskipun mampu menyediakan ruang skrin yang besar untuk pembacaan.
Di sinilah iPad direka untuk dijadikan sebagai alat membaca yang mudah dibawa dan masih menyediakan ruang skrin yang besar untuk pengalaman membaca yang memuaskan. Jadi pada entri kali ini, kita akan lihat rekabentuk iPad yang dibina khas untuk memenuhi kehendak ini:
Multi-touch:
Pengalaman skrin sentuh pada iPad adalah sangat lancar. Anda boleh sentuh, slide, dan pinch untuk pelbagai operasi yang terdapat pada iPad.
Bagi saya skrin sentuhlah yang telah membuka ruang imaginasi yang tidak terbatas kepada aplikasi yang boleh dibina pada iPad. Oleh kerana ia tidak tidak lagi terhad kepada penggunaan tetikus dan papan kekunci, aplikasi boleh dibina untuk menyerupai objek sebenar, dan berinteraksi seperti objek sebenar.
Contoh dapat kita lihat pada aplikasi Virtuoso. Ia membolehkan anda bermain piano sama seperti piano yang sebenar!
Ruang skrin yang besar:
Skrin iPad adalah bersaiz 9.7 inci. Dilengkapi dengan resolusi yang tinggi, skrin sebesar ini membolehkan anda boleh melayari laman web pada saiz yang biasa. (tidak perlu menggunakan versi mobil serperti pada telefon pintar).
Ringan dan nipis:
Dengan ketebalan 1.5 inci serta berat 0.68kg, iPad sangat mudah dibawa kemana-mana dan senang dimuatkan ke dalam beg. Cuma apabila anda menggunakannya, adalah lebih baik untuk meletakkan ke atas riba atau meja kerana memegang dengan tangan akan meletihkan.
Ketahanan bateri:
Sepanjang saya menggunakan iPad, bateri tidak langsung menjadi isu. Ia mampu bertahan sehingga sehari apabila saya hanya menggunakannya secara kasual. iPad juga mudah dicaj semula melalui plag elektrik ataupun kabel USB.
Wi-Fi dan 3G:
iPad mengesan Wi-Fi dengan baik, dan sambungan dibuat dengan lancar sekali. Ia juga menyediakan slot mikro-sim supaya anda boleh menggunakan 3G di kawasan yang tidak mempunyai Wi-Fi.
Sambungan ke komputer:
iPad direka untuk membuatkan anda memuat-turun kandungan terus daripada Internet, samada percuma ataupun berbayar melalui Apple Store. Suasana tertutup ini adalah biasa bagi mana-mana produk Apple, jadi pemindahan fail/dokumen daripada komputer adalah tidak digalakkan.
Namun anda masih boleh menyambungkan iPad kepada PC/Mac untuk menyalin kesemua muzik, video, dan buku elektronik yang terdapat pada iTunes.
Rumusan
Apple memang terkenal dengan rekabentuk produk yang sangat licin, kemas, dan elegan, dan iPad adalah tidak terkecuali. Saya tidak jumpa apa yang kurangnya pada rekabentuk iPad ini.
Cuma bagi sesetengah orang, ada yang berharap ia dilengkapi dengan kamera. Namun bagi saya kamera bukanlah fungsi paling kritikal kerana iPad adalah lebih kepada alat untuk membaca dan hiburan. Lagipun, pelik juga la kan kalau nak keluarkan iPad yang besar gedabak ini untuk mengambil gambar.
Selain daripada saiznya yang sangat mudah dimasukkan ke dalam beg, ketahanan bateri juga merupakan faktor penting yang menjadikan iPad kawan baik si pengembara. Jika anda suka merantau keluar negara misalnya, iPad akan menjadi sangat berguna untuk mencari maklumat dengan pantas.
Sampai di sini sahaja ulasan saya mengenai iPad dari segi perkakasan. Nantikan banyak lagi ulasan iPad di Sembang Komputer, semoga ketemu lagi ya pak!
Credit: Sembang Komputer

Khamis, 7 Julai 2011
Transformer 2007 Full HD
Salam 1 malaysia. Kepada Peminat Transformer Korang Mesti Suka. Pagi2 aku bukak internet lepas tu aku terjumpa Movie Transformer Full HD. aku apa lagi download la. Tapi File Dia besar tuu. Lebih 1Gb. Tunggu punya tunggu akhirnya habis jugak Download. Lepas Download aku terus amik HDMI Cable lepas tu terus Sambung kat TV 50 Inci aku. Peh Terang Gila gambar dia. Sampai Bulu Hidung Megan Fox pun boleh nampak. Jimat duit aku. Tak yah nak beli Pirate Bluray Yang harga RM 30.
http://www.wupload.com/file/44930330
http://www.uploadstation.com/file/XHQj9tm
Gambar amik Kat Google jer
Kepada Sesiapa yang nak download
Download Kta Sini: http://www.filesonic.com/file/1384670234
http://www.fileserve.com/file/Qey8JJEhttp://www.wupload.com/file/44930330
http://www.uploadstation.com/file/XHQj9tm
Tapi siapa internet dia laju cepat la. Selamat Mendownload. Tapi ni Semua Single Link tau
Khamis, 9 Jun 2011
Lampu Misteri Yang Masih Menyala Selama 1500 Tahun
Seorang pengkaji sejarah Australia Robbert Briggen,berpendapat bahwa manusia zaman prasejarah memiliki kecerdasan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu (lilin) abadi.
Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”.Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya,mereka terkejut menemukan sebuah lampu yang menyala sejak 1.500 tahun yang lalu.
Pertanyaannya adalah dengan cara apakah para orang zaman prasejarah dahulu membuat lampu yang mampu terus menyala hinga selama itu?Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli penyelidik sejarah masih terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.
Beberapa orang diantara mereka seperti Briggen,mengemukakan pendapat bahwa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu adalah sangat mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.Akan tetapi,tidak ada bukti yang menguatkan teori-teorinya itu.Orang pintar seperti apa yang membuat lampu yang mampu terus menyala hingga 1.500 tahun?.
Isnin, 30 Mei 2011
Wanita potong kemaluan perogol (18SX)
AFP menyiarkan berita seorang wanita berusia 40 tahun di Dhaka bertindak memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya. Kemaluan itu kemudiannya dibawa ke balai polis sebagai bukti, kata polis dalam satu kenyataan.
Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.
"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.
Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Zuriana bisnes melalui blog
Berbekalkan sebuah komputer dan melayari laman blog wwwbegalicious.blogspot.com, kini anda boleh membuat pelbagai pilihan mengikut cita rasa dengan hanya di hujung jari.
Jenama Coach, Kate Spade, Aiteen Aigner, Marc Jacobs, Gucci dan jenama-jenama lain yang menjadi trend masa kini ditawarkan kepada pelanggan di seluruh negara secara talian, lengkap dengan harga serta cara untuk membuat pesanan.
Selain beg tangan wanita, barangan berjenama lain seperti dompet, cermin mata dan jam tangan turut dijual menerusi laman web berkenaan.
Segala kemudahan itu adalah inisiatif seorang suri rumah yang menetap di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam, yang mewujudkan perniagaan beli-belah di alam siber ini sejak setahun lalu.
Sebelum itu, dalam tempoh selama dua tahun, Zuriana Abu Kassim, 38, hanya menjadi pengikut setia blog-blog sedia ada. Namun dia mula menceburi bidang perniagaan ini setelah mendapati permintaan membeli-belah secara talian terutama dalam kalangan wanita semakin tinggi.
“Saya mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dalam perniagaan ini walaupun pada asalnya hanya untuk mengisi masa yang banyak terluang,” kata Zuriana yang ditemui baru-baru ini.
Dengan jumlah kenalan dalam kalangan bloggers dan rakan pelanggan untuk blog sedia ada yang semakin meningkat, ibu kepada empat orang cahaya mata itu mula cekalkan hati untuk membina blog sendiri.
Tanpa sebarang ilmu khusus terhadap pembinaan blog dan perkara-perkara teknikal, Zuriana terus mengutip pengalaman dari hari ke hari sehinggalah lahirnya laman blog wwwbegalicious.blogspot.com.
“Berdasarkan kepada jumlah pengikut yang mencecah 50 orang dan hits (pengunjung) yang mencapai 30,000 orang, saya bersyukur dengan pencapaian setakat ini.
“Selain itu, jaringan laman sosial, Facebook juga dijadikan platform untuk tujuan promosi di samping mengeratkan silaturahim, urusan permintaan dan penawaran harga,” jelasnya.
Dari segi harga, Zuriana mengatakan ia sangat berpatutan dan jauh lebih murah berbanding harga barang yang sama yang dijual di butik-butik terkemuka di negara ini.
Persaingan kompetitif
Perbezaan harga yang ketara jelasnya disebabkan perniagaan seumpama ini hanya melibatkan kos yang minimum tetapi kualitinya terjamin.
“Kebanyakan barang diimport dari Amerika Syarikat dan Eropah.
“Rakan-rakan dan ahli keluarga yang menetap di Los Angeles, Texas, Chicago, London dan Belanda banyak membantu saya mendapatkan barangan yang dipesan oleh pelanggan,” ujarnya yang berjaya menjual lebih lebih 80 beg tangan wanita setakat ini.
Menyedari persaingan yang sangat kompetitif, Zuriana bagaimanapun yakin bahawa masih ramai wanita yang celik teknologi tergolong dalam kategori mereka yang berkemampuan.
“Begalicious Frenzy akan terus berusaha memberi yang terbaik untuk setiap pelanggan, baik dari segi kualiti barangan sehingga ke pembungkusan dan penghantaran. Keuntungan tidak semestinya banyak, namun yang ditagih ialah keberkatan,” katanya.
Zuriana memberitahu, insan yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantunya selama ini ialah suaminya, Dr. Abd. Rasid Abd. Rahman.
Abd. Rasid merupakan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Kualiti) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam. Suaminya banyak memberi tunjuk ajar tentang kepentingan komunikasi berkesan, bahasa yang digunakan untuk pertuturan dan penulisan selain menjaga hati serta kepuasan pelanggan.
Kepada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila layari wwwbegalicious.blogspot.com bagi mengetahui produk-produk terkini.
Sumber: Kosmo
Ahad, 29 Mei 2011
Daniel Balsam Pembasmi Spam Di Internet
Siapa yang suka dengan spam?.Banyak orang di dunia yang benci dengan spam namun hanya sedikit sahaja yang mahu menghabiskan waktunya untuk menjadi pembasmi spam.Seperti kebanyakan pekerja pejabat lainnya,Daniel Balsam pun membenci spam.
Tidak seperti kebanyakan orang yang lebih memilih menekan butang 'delete' untuk memadam spam.Balsam lebih memilih untuk mendakwa para penyebar spam itu melalui mahkamah.Lapan tahun yang lalu,Balsam hanyalah seorang pekerja di bidang pemasaran.
Ketika menjalani kerjaya sebagai ejen pemasaran, Balsam menerima banyak email yang tidak jelas asal-usulnya,tidak jelas isi kandungannya dan judul email yang kebanyakan adalah email promosi,serta yang paling penting adalah dia tidak menginginkan email-email ini sama sekali.
Marah terhadap spam membuat dia memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya,belajar undang-undang,dan membuat sebuah blog bertajuk DanHatesSpam.com.Dengan bekal itu semua dia pun menjalani hidup sebagai 'pembasmi spam',mendakwa semua perusahaan yang membanjiri 'kotak inbox' surat elektroniknya dengan berbagai email yang tidak penting.
Kebanyakan email spam yang masuk berisi iklan tawaran berhubung ubat-ubat berharga murah,seks percuma, dan paket percutian."Saya seperti seorang pembasmi spam, yang menghabiskan waktu hidup saya untuk membersihkan 'sampah' di internet," kata Balsam, seperti dikutip melalui Straits Times.
Hingga kini saman berkaitan email spam telah banyak yang dilayangkan oleh Balsam.Tuntutan mahkamah itu termasuk puluhan saman yang masuk sebelum dia lulus sekolah undang-undang pada tahun 2008.Dia yakin jika email-email spam tersebut telah melanggar undang-undang anti spam.
Meski telah banyak memenangi kes spam, banyak pengkritik yang menganggap usaha Balsam ini bagaikan 'hujan di tengah laut'.Pasalnya menurut data yang dikemukakan Cisco System Inc,diperkirakan ada sekitar 200 juta email spam yang beredar setiap harinya.
Angka ini sama dengan 90 peratus email yang beredar di dunia maya per harinya.Namun saman yang dilayangkan Balsam mampu membiayai hidupi dirinya sendiri selama beberapa tahun belakangan ini.Bahkan dia berhasil mendapatkan keuntungan sebanyak USD $1 juta atas kemenangannya dalam saman kepada beberapa perusahaan yang dituduhnya telah mengirim email spam.
Daniel Balsam