Jumaat, 25 Februari 2011

10 Rekod Video Games Paling Pelik

Di buku Guinness World Records 2011 yang baru terbit ada berisi senarai rekod dari dunia video games.Dari sekian banyak rekod tersebut ada sejumlah yang boleh dikatakan pelik. Kenapa boleh jadi macam tu?,kerana ada rekod tersebut tidak pernah terfikir oleh kita.Berikut adalah senarai 10 rekod video games paling pelik versi guinness world record,sumber wired.com 
 
1. Game Yang Memiliki Hari Jadi,[Sid Meier’s Civilization V].
Gabernor Maryland Martin O’Malley mendeklarasikan 21 September 2010 sebagai “Sid Meier’s Civilization V Day” atau Hari "Sid Meier’s Civilization V". Ini dilakukan untuk menghormati tarikh kemunculan game tersebut dan merayakan perkembangan industri game di negara bagian Maryland.
2.Pegawai Kerajaan Pertama Yang Dipecat Kerana FarmVille,[Dimitar Kerin].
Dimitar Kerin sebelumnya adalah pegawai kerajaan bandar Plovdiv di Bulgaria. Di sebuah mesyuarat penting dia menggunakan laptop untuk memerah susu sapi-sapi di FarmVille yang ada di Facebook. Para anggota dewan pun mengadakan undi dan hasilnya sebagian besar setuju supaya Dimitar Kerin dipecat.
3. Rekod Paling Lama Bertahan di Level 6 Grand Theft Auto IV,[Henrik Lindholm].
Lelaki yang berasal dari Denmark ini bertahan selama 16 minit dan 16 saat di sebuah pertandingan game bertajuk Copenhagen eSport Challenge yang diadakan pada 13 April 2009. Di level tersebut Lindholm bertarung melawan polis, snipers,helikopter dengan pelbagai tembakan. Dan dialah peserta yang berhasil bertahan paling lama.
4. Rekor NFL Videogame Dengan Komen Terpanjang,[Madden NFL 2011].
Versi terbaru game ini, Madden NFL 2011, memiliki komen sepanjang 90.000 baris. Komen tersebut diucapkan oleh Gus Johnson, Cris Collinsworth dan sejumlah suara dari beberapa aktor yang juga turut meramaikan game itu.
5. Rekod Koleksi Memorabilia Pokemon Terbesar,[Lisa Courtney].
Courtney memiliki koleksi barang-barang yang berhubungan dengan Pokemon sebanyak 14.410 buah. Jumlah itu tidak ada yang serupa dengan yang lainnya. Courtney mendapatkan barang-barang itu dari negara-negara di Eropah, Amerika dan Jepun.
6. Game Facebook Pertama Yang Dikenakan Tindakan Mahkamah,[Scrabulous]. 
Di tahun 2007 ada game bernama Scrabulous yang merupakan tiruan dari Scrabble. Game ini mampu menghasilkan pendapatan sebanyak $25.000 perbulan dari para pengguna Scrabulous di Facebook yang berjumlah 2.4 juta orang. Mattel and Hasbro, pemilik Scrabble tidak mendapat royalti dan keuntungan apa-apa dari duit sebanyak itu dan mereka pun memutuskan untuk menyaman Scrabulous kerana dianggap telah melakukan pelanggaran hak cipta. Tujuh bulan kemudian mahkamah menetapkan keputusan untuk membekukan Scrabulous.
7. Video Game Dengan Kata-Kata Kotor Terbanyak,[Mafia II].
Sementara game-game bertema action-adventure tidak mendapatkan penghargaan apapun di Game of the Year tahun 2010, maka Mafia II masih mampu bertahan dalam kategori game dengan kata-kata terkotor. Game ini berisi rata-rata 397 F-bom dalam permainan 12 jam.Itu bermakna ada 33 kata kotor perjam, atau satu kata makian setiap dua minit permainan.
8. Pemegang Rekod Game ‘Cooking Mama’ Terbanyak,[William Willemstyn II].
Willemstyn yang berasal dari Amerika telah merangkul sebanyak 9 rekod berbeza dari versi DS Cooking Mama. Di dalamnya termasuk rekod memecah telur, mengupas udang, dan menghiris cili. 
9. Rekor Ragam ‘Death-Animation’ Terbanyak,[ Resident Evil 4].
Game horor-action Resident Evil 4 memenangi rekod ini kerana di dalamnya terdapat 47 animasi yang menggambarkan cara mati yang beragam dari tokoh protagonis Leon Kennedy. 47 animasi itu antara lain mati dengan kepala terpancung, mati tenggelam dan mati kerana tikaman pisau.
10. Rekod Game Dengan Properti Virtual Termahal,[Crystal Palace Space Station].
Stesen luar angkasa Crystal Palace adalah bagian dari Entropia Universe, sebuah game multiplayer online yang memiliki transaksi wang yang didasarkan pada nilai tukar mata wang asli. Gamer yang berasal dari Amerika,Erik Novak sampai mengeluarkan wang sebanyak 3,3 juta dolar dalam mata wang game Crystal Palace,setara dengan $330.000 dolar wang asli, untuk membayar Crystal Palace Space Station.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...