Khamis, 24 Februari 2011

Hacker Malaysia-Indonesia berdamai

PENCEROBOH sistem komputer atau lebih dikenali sebagai 'hacker' bagi kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia diberitahu sudah bersalaman tanda persahabatan dan melupakan perang siber di antara mereka yang dikatakan sudah berlanjutan sejak lima tahun lalu demi kebaikan bersama.

it@Metro yang dihubungi salah seorang 'hacker' tempatan berkata, kedua-dua cerdik pandai komputer ini berjaya duduk di meja perundingan maya untuk berdamai, malah bersepakat untuk sama-sama memajukan diri dalam industri berkaitan pada masa depan.


Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan pelbagai insiden beberapa laman web diceroboh hacker Indonesia termasuk laman utama anjuran kerajaan.

Menurut sumber itu, antara perbincangan mereka mengenai keadaan yang semakin memburuk apabila masing-masing mahu menunjukkan kepandaian dan akhirnya tiada siapa yang untung, sebaliknya merugikan.


Salah seorang pentadbir kumpulan hacker Indonesia yang dikenali sebagai devilzc0de dikatakan meminta maaf secara besar-besaran kepada pihak Malaysia di atas tindakan segelintir ahlinya.


Malah, beliau berkata, ada juga antara ahli devilzc0de berasal dari Malaysia yang memungkinkan mereka berdamai.

Antara lain, menurut wakil devilzc0de: "ada pun forum2 yang diindonesia yang masih memerang website malaysia, ane harap mulai detik ini kita STOP. mending mari kita belajar da belajar guna memajukan diri kita sendiri,forum devilzc0de,terutama negara kita indonesia." Berikut ialah sedikit petikan dialog antara mereka, dari devilzc0de: "saya petimati admin devilzc0de ... nte marah tidak kalau anak2 dc merusak website malaysia. sebenernya si dari saya tidak mau ada adu jago2an atau maen hebat2an antara anak dc dengan anak malaysia. ane lagi pikirkan gimana supaya kita ini tidak ribut2 lagi atau tidak saling merusak,lebih baik kita berdamai dan belajar dari pada ribut2 gak jelas terus. mungkin anda tau solusinya gimana antara malaysia itu berdamai." Jawapan daripada salah seorang hacker Malaysia: "bgi saya... takde masalah. bahkan kedatangan pengodam2 dari indonesia, china, dan filipina yang mengodam halaman situs dimalaysia tidak patut jadi isu. ada kesan baik, ada kesan buruk. kesan baik: webmaster akan sedar, ttg exploit terbaru; penguna situs dapat mengenalpasti data mereka selamat atau tak; timbulnya rasa kesedaran kepada admin/pengodam yang angkuh, etc. kesan buruk: lahirnya sifat skiddies kalangan anak2 bangsa kita yang kononnya ingin membalas dendam; timbul isu berbangkit (politik, kaum,bangsa, teknologi.etc)." Menurut wakil hacker Malaysia itu lagi: "saya agak jelaous dgn bangsa indonesia, kerana kecil-kecil sudah pandai menjadi programmer, hacker..etc. kalau lihat di malaysia, sukar sungguh hendak mencari sifat sedimikian. ramai hanya tahu teori, tapi tak tahu hendak gunakan pada dunia sebenar..." Wakil devilzc0de membalas: "iya rencana saya, saya akan memberitahu kepada member2 devilzc0de untuk tidak lagi berperang dengan malaysia, soalnya saya berpikir dah hampir satu bulan ini sepertinya ada yang mau adu domba devilzc0de dengan pihak malaysia. emang sulit utnuk mendamaikan ID dan MY, tapi saya bertekad dan mengawali dari forum devilzc0de ini untuk tidak lagi menghack atau merusak website malaysia. karena damai itu indah. mari undang teman2 malaysia bergabung di devilzc0de, kami selaku pengurus devilzc0de akan senang menerima kehadiran kalian semua, inysallah sebentar lagi saya bakal umumin di forum." Menurut wakil hacker Malaysia itu kepada it@Metro, kumpulannya menyambut baik isu damai itu dan berharap ia tidak berlaku lagi pada masa depan, sambil mengingatkan keselamatan web amat penting. Pengaturcara dan webmaster pula tidak perlu bongkak dengan sistem keselamatan masing-masing kerana ia mampu diceroboh pada bila-bila masa.
 
Sumber: Santauweb

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...